Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Esok, Harinya Seluruh Negara...

ESOK, seluruh negara akan diselubungi kesuraman apabila 20 jenazah warga Malaysia nahas pesawat...

Kantoi Pakai Seluar Pendek...

JIKA sebelum ini profesor British, Profesor Robert Kelly diganggu anaknya ketika sedang ditemuramah...

Video: Padah ‘Khusyuk’ Sangat...

KELEKAAN seorang wanita menggunakan telefon ketika berjalan, akhirnya membawa padah apabila dia dilanggar...

Pendekatan Peribadi Berkesan Didik...

SERDANG - Pendekatan langsung secara peribadi dapat mendidik orang ramai khususnya golongan muda...

Pemain Indonesia-Malaysia Lancar Kempen Keamanan

KUALA LUMPUR – Beberapa kempen keamanan dilancarkan dengan harapan tiada lagi insiden kekecohan penyokong pada pertembungan tumpuan antara Indonesia dan Malaysia pada separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) Bawah 16 (B-16) Tahun di Stadium Delta Sidoarjo, esok.

Terbaru, satu sesi serumpun Indonesia-Malaysia diadakan di Surabaya, hari ini bagi membuktikan hubungan baik antara kedua-dua pasukan.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan dengan sesi berkenaan disertai jurulatih negara, Raja Azlan Shah Raja So’ib dan jurulatih Indonesia, Fakhri Hussaini serta pemain kedua-dua pasukan.

“Ia bertujuan ke arah penyatuan dan mengeratkan hubungan kedua-dua negara bagi memastikan pertembungan esok dapat berjalan dengan penuh keamanan dan kelancaran tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” kata kenyataan FAM.

Bulan lalu, penyokong Indonesia didakwa melakukan kekecohan selepas pasukan mereka tewas 2-3 kepada Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Kejohanan AFF B-19.


Penyokong tuan rumah bertindak membaling objek ke arah pemain Malaysia yang sedang menuju ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

Situasi panas sekali lagi tercetus sebelum kejohanan B-16 apabila kesilapan pemain negara, Amirul Ashrafiq Hanifah menggunakan bendera Poland dan bukannya Indonesia dalam Instagram Story miliknya ketika membuat ucapan ringkas sebelum berlepas ke Surabaya.

Walaupun Amirul sudah membuat permohonan maaf, namun kesilapan itu tetap disalah tafsir oleh penyokong Indonesia dengan menganggap penyerang skuad kendalian Raja Azlan itu sengaja mencetuskan provokasi. – BH Online

Kategori