Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

MBI Mandulkan Anjing Liar...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membunuh anjing liar yang ditangkap...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar...

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan...

Warga Israel “Terlepas” Masuk...

SECARA umum masyarakat dunia maklum tentang pendirian Malaysia terhadap Israel, apatah lagi rakyat negara ini.Sebagai negara...

UMNO 70 Tahun –...

ALHAMDULILLAH, hari ini genap 70 tahun sejak UMNO diasaskan. Dalam tempoh 70 tahun...

Pemaju Mahu Bincang Cadangan Wajibkan Internet

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menjadikan akses internet sebagai utiliti asas dan mewajibkan projek pembangunan baharu menyediakan kemudahan itu dilihat sebagai suatu langkah ke hadapan namun perbincangan teliti antara pihak berkaitan perlu diadakan bagi mencari mekanisme terbaik melaksanakannya.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Selangor Zulkifly Garib berkata pihak kerajaan, pemaju dan penyedia perkhidmatan internet perlu mengkaji pelbagai perkara termasuk aspek utama adalah keberadaan infrastruktur internet seperti pencawang dan menara telekomunikasi di sesuatu kawasan.

“Kita perlu membuat kajian secara mendalam apa impak cadangan itu kepada keseluruhan industri pembangunan di negara ini agar pelaksanaan rang undang-undang akan lebih seimbang untuk semua jenis pembangunan untuk semua kawasan.

“Ini kerana jika kita lihat dari sudut infrastruktur kemudahan internet, setiap kawasan seperti di bandar dengan luar bandar tidak sama di mana ia mungkin tidak sebaik di bandar, jadi apa implikasinya terhadap pembangunan di luar bandar nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya kos penyediaan kemudahan juga perlu diambil kira kerana ia kemungkinan besar akan mempengaruhi harga jualan unit kediaman kepada pengguna yang akhirnya akan memberi kesan kepada pemaju itu sendiri.

Bagaimanapun, Zulkifly berkata harga jualan mungkin tidak meningkat jika ada insentif tertentu untuk penyediaan kemudahan itu disediakan atau pihak pemaju mengurangkan kos pembinaan daripada aspek lain.

Sementara itu, Pengerusi REHDA Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan berkata walaupun belum lagi terdapat kemudahan ‘point’ untuk internet di setiap unit, pemaju telah pun melancarkan fiberisasi dalam pembangunan terpilihnya.

Beliau berkata dengan wujudnya akta antipersaingan di negara ini, pemaju tidak boleh memilih syarikat telekomunikasi tertentu untuk menyediakan akses internet untuk pembangunan mereka.


“Terdapat banyak pemaju yang melakukan fiberisasi untuk projek mereka, iaitu maksudnya mereka menyediakan kabel fiber optik berkelajuan tinggi untuk pembangunan mereka, namun untuk sambungan internet akhir, iaitu penyedia perkhidmatan, terpulang kepada pembeli untuk memilih,” katanya.

Semalam, di Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kementeriannya bercadang untuk menggubal satu rang undang-undang bagi mewajibkan setiap pembinaan bangunan baharu menyedia akses kepada internet.

Katanya melalui penggubalan rang undang-undang itu, kemudahan akses internet boleh dikategorikan sebagai utiliti asas seperti bekalan elektrik dan air untuk setiap unit rumah.

” Saya juga akan minta bantuan dan sokongan kerajaan negeri supaya kami boleh pastikan semua bangunan pada masa depan ada termasuk dalam syarat-syarat seperti mana keperluan syarat elektrik dan air, juga keperluan untuk sambungan internet,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya. – BERNAMA

Kategori