Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Moratorium Berakhir September –...

KUALA LUMPUR - Tempoh moratorium bayaran balik pinjaman yang diputuskan selama enam bulan...

Tarikh Demokrasi Tewaskan Keganasan...

KUALA LUMPUR - Tarikh 15 Julai 2016, yang menyaksikan demokrasi berjaya menewaskan keganasan,...

Besar Sangatkah Agenda Kewarganegaraan...

KUALA LUMPUR - Pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen...

Malaysia Airlines Benarkan Batal...

MALAYSIA Airlines hari ini mengumumkan ia akan membenarkan pembatalan tiket dengan bayaran balik...

Pemandu Bas Rempuh Kenderaan Disyaki Larikan Diri

KUALA LUMPUR – Pemandu sebuah bas henti-henti yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini bertindak merempuh beberapa buah kenderaan dengan bas yang dipandunya sehingga rosak teruk dalam kejadian kira-kira 8 malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata pemandu bas berkenaan dipercayai memandu dalam keadaan berbahaya dan melanggar kenderaan bermula dari hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Zulkefly berkata bas berkenaan hanya berhenti kira-kira dua kilometer kemudian di MRR2 manakala pemandunya yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.


“Semua mangsa yang terlibat kini dalam proses membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pihak polis berhubung sama ada terdapat penumpang dalam bas berkenaan.

“Kita percaya bas itu melanggar banyak kereta, mana-mana pemilik kenderaan yang dilanggar sedang dalam proses membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan mula tular di media sosial. – BERNAMA

Kategori