Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Korban Akibat Banjir...

BEIJING – Angka korban akibat banjir lumpur yang melanda Sierra Leone pada 14...

Skandal FB, Cambridge Analytica...

FIRMA analisis pemasaran Britain, Cambridge Analytica mengumumkan penutupan operasi dan bakal mengemukakan permohonan...

Penculikan Dekat Kawasan Kawalan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menyiasat bagaimana insiden penculikan bersenjata yang berlaku di...

Intervensi Kerajaan Jamin Kestabilan...

PUTRAJAYA : Langkah intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90...

Pemandu Maut, Penumpang Parah Dalam Kemalangan

BINTULU – Seorang pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah dalam kemalangan kendiri di KM26 Jalan Bintulu-Tatau pukul 4.45 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, Tiban Lubin, 49, maut serta merta di lokasi kejadian dan penumpang lelaki berusia 55 tahun yang bersama dengan mangsa ketika kejadian mengalami kecederaan di kepala.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa melanggar kon simen yang berada di sebelah kiri jalan menyebabkan kenderaan terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dan penumpang yang tercedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan susulan.

“Kes masih dalam siasatan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – BERNAMA


*Sekadar Video Hiasan..

Kategori