Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dijangkiti Parasit Kerana Jalan...

SEPASANG kekasih tidak menyangka percutian mereka ke Republik Dominica bertukar menjadi kisah 'ngeri’...

Kerjasama Guru, Ibu Jayakan...

KINABATANGAN - Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memerlukan komitmen tinggi antara...

Misi Flotilla Dijangka Tiba...

PELABUHAN KLANG - Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan 'Flotilla For...

Malaysia Tak Terancam Kehadiran...

VLADIVOSTOK - Malaysia tidak berasa terancam terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) menempatkan peluru...

Pembantu Kedai Direman Tujuh Hari Berhubung Rasuah

SEREMBAN – Seorang pembantu kedai warganegara Bangladesh di reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes memberi rasuah kepada Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas (Reman) Nurhayati Saini bermula hari ini hingga Sabtu depan selepas mendapat permohonan daripada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Sembilan, Mohamad Faisal Othman.

Lelaki berkenaan yang berumur 48 itu ditahan semalam pada pukul 1.26 tengah hari di kedainya di Pajam, dekat sini.

Lelaki itu didakwa telah menawarkan RM3,500 kepada penolong pegawai penguatkuasa KPDNHEP supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas isterinya, yang merupakan pemilik kedai atas kesalahan menjual barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan tong gas tanpa lesen sah yang dikeluarkan Pengawal Bekalan Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Kategori