Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Konspirasi PH-AS Hapus Bukti...

BONGKAR... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bangkit persoal kebenaran diberi...

Ahmad Bashah Tidak Peduli...

ALOR SETAR – “ Saya tidak akan melayan apa-apa tuduhan atau serangan peribadi...

Tentera Meriahkan Rumah Terbuka...

IPOH – Lazimnya Rumah Terbuka Aidilfitri menyaksikan tetamu dihidangkan dengan aneka juadah tradisi...

Samsung Galaxy Alpha Dilancarkan...

Samsung secara rasminya memperkenalkan 'flagship' terbarunya Samsung Galaxy Alpha pada awal pagi tadi.Galaxy...

Pembatalan ECRL Mimpi Buruk Rakyat Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membatalkan projek Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) ibarat mimpi buruk kepada seluruh masyarakat Pantai Timur negara.

Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, walaupun projek itu didakwa berlaku ketirisan, tetapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi rasa gembira kepada seluruh masyarakat Pantai Timur negara.

“Tinggal kini ada satu lagi berita harapan kepada rakyat Kelantan iaitu projek Lebuh Raya Central Spin Road khususnya dari Kota Bharu – Kuala Krai – Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Latiff mengingatkan kerajaan PH bahawa projek lebuh raya itu sepatutnya bermula awal 90-an ketika Rancangan Malaysia ke-5, tetapi telah tertangguh sehingga kini.

“Perlu diingatkan, pengumuman projek ini dibuat dahulu adalah ketika zaman Perdana Menteri ke-4 yang kini kembali menjadi Perdana ke-7 (Mahathir),” katanya.

Tambah beliau, pembatalan projek ECRL sepatutnya digantikan dengan pengumuman lain yang lebih menggembirakan rakyat Kelantan iaitu mempercepatkan pembinaan lebuh raya ini.


“Rakyat akan lebih berterima kasih, Mungkin juga sikit sebanyak boleh melupakan penderaan terhadap Kelantan bermula oleh PM ke-4 dulu lagi dengan pendekatan baru yang lebih lunak oleh PM ke-7.

“Apakah penderaan ini masih berkait rapat dengan keputusan rakyat Kelantan kekal memilih PAS?,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori