Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: JDT II...

ALOR SETAR - Juara Liga Perdana, Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman...

Panik Tiada Lesen, Remaja...

TINDAKAN sepasang remaja melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila Hyundai Atos...

Polis Singapura Bekukan Dua...

SINGAPURA - Polis Singapura membekukan dua akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan...

‘Ubat’ Untuk P.Ramasamy Daripada...

TINDAKAN tidak profesional Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy menggelar...

Pemilihan PKR: Calon Boleh Guna Strategi Kreatif Untuk Berkempen

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak menjadi kesalahan untuk calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu bulan hadapan untuk menggunakan idea kreatif dan media baharu untuk berkempen.

Beliau bagaimanapun mengingatkan calon agar tidak menawarkan sebarang bentuk habuan atau membuat ugutan terhadap anggota yang layak mengundi bagi meraih sokongan mereka yang sekali gus akan merosakkan prinsip demokrasi dalam parti itu.

“Ia (kempen melalui media sosial) bagi pemilihan ini (secara) cukup kreatif, selagi mana tidak melanggar undang-undang berkempen ia bukan satu kesalahan bagi saya.

“Apa yang tidak boleh adalah kempen berbentuk memberi tawaran serta habuan yang boleh menyebabkan proses demokrasi itu bertukar menjadi kotor,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution diminta mengulas tindakan segelintir calon yang bertanding dalam pemilihan parti kali ini yang menggunakan media sosial bagi berkempen mendapatkan sokongan.


Pemilihan PKR 2018 akan diadakan pada 14 Sept sehingga 13 Okt depan menggunakan sistem e-undi, iaitu proses penggundian menggunakan kertas undi digital dalam peranti elektronik bagi menjimatkan masa, kos serta tenaga manusia.

Kira-kira 800,000 anggota PKR layak memilih pada pemilihan parti kali ini. – BERNAMA

Kategori