Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sasar Pusat Hiburan Keluarga,...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menyatakan komitmen penuh untuk memerangi perjudian...

Anggota SRS Diminta Bantu...

KOTA BHARU - Kira-kira 100,000 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara...

Pembangkang Sebar Berita Palsu...

KUALA LUMPUR ā€“ Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Jurugambar Rakam Imej Buruh...

MELBOURNE ā€“ Jurugambar Australia, Hugh Brown mengembara ke seluruh pelosok dunia semata-mata mahu...

Pemuda UMNO Cabar PH Berdebat

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO Pasir Gudang mencabar wakil rakyat Pakatan Harapan untuk berdebat secara sihat, intelektual dan terbuka bersempena sambutan 100 hari mereka menerajui kerajaan negeri ini.

Ketua Pemudanya, Noor Azleen Ambros berkata, dalam menuju Malaysia Baharu pastinya rakyat mengharapkan amalan serta sistem demoktasi yang terbuka, telus dan matang akan mewarnai dunia politik tanah air.

Menurutnya, itu adalah ciri demokrasi moden yang rakyat mahukan seperti dizahirkan majoriti dalam pilihan raya umum diadakan pada Mei lalu.

Sebagai pembangkang tambahnya, UMNO perlu berusaha dan beriltizam untuk menjadi bukan sahaja pembangkang yang kuat, malah berwibawa, efektif dan berkesan dalam mengimbangi pengaruh pemerintahan semasa.

ā€œBagi bersama-sama menyahut seruan itu, saya mencadangkan untuk diadakan debat di antara wakil rakyat Pakatan Harapan bersempena hari gilang-gemilang mereka meraikan 100 hari menjadi kerajaan,ā€ katanya kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.


Justeru, Noor Azleen mengajak wakil rakyat terutama di kawasan Parlimen Pasir Gudang termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan Permas untuk menerima dengan hati terbuka pelawaan Pemuda UMNO Pasir Gudang berdebat secara sihat, intelektual dan terbuka.

ā€œKita berharap semoga rakyat dapat menerima manfaat daripada penganjuran debat itu,ā€ katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori