Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Hotel Felda: Dulu...

FELDA pernah melalui isu hangat berkaitan pembelian hotel empat bintang di Kensington, London...

RUU Antigangguan Seksual: Azalina...

PARLIMEN | Azalina Othman Said (BN-Pengerang) hari ini membantah pelantikan Ketua Setiausaha Kemneterian...

Kutip Derma Tanpa Lesen,...

PETALING JAYA - Dua beranak warga Thailand dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah...

Remaja 14 Tahun &...

PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek...

Penangguhan Projek Hospital Pendang Disebabkan Faktor Teknikal

ALOR SETAR – Penangguhan projek membina Hospital Pendang tiada kaitan dengan 23 projek hospital dan klinik di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai “projek sakit” sebaliknya disebabkan terdapat teguran teknikal melibatkan kelulusan bersyarat ke atas syarikat pemaju, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata projek itu tetap diteruskan namun terpaksa ditangguhkan kerana beberapa faktor terknikal serta terdapat permintaan daripada Syarikat Seri Libanan PPC JV Sdn Bhd yang telahpun menerima surat setuju terima pada 17 April lepas .

“Penangguhan tersebut membabitkan isu kebenaran merancang di peringkat Majlis Daerah Pendang (MDP) yang diluluskan pada 29 Julai 2018, tetapi kelulusan bersyarat itu terdapat banyak teguran daripada jabatan teknikal antaranya seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Suraya Yaacob (BN-Sungai Tiang) yang ingin tahu sama ada 23 projek pembinaan hospital dan klinik yang dikenal pasti sebagai “projek sakit” seperti diumumkan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad itu akan turut melibatkan projek Hospital Pendang.

Mengulas lanjut, katanya setelah kelulusan bersyarat itu diserahkan kepada pihak pemaju terbabit mereka meminta tempoh satu bulan untuk proses meminda pelan yang melibatkan pelanjutan tarikh hingga 7 Sept depan.

“Selepas pelan itu siap dipinda, barulah ia akan dikembalikan kepada MDP untuk kelulusan,” kata Dr Ismail.


Jun lepas Dzulkefly memberikan amaran keras kepada semua kontraktor bagi 23 projek kategori ‘sakit’ termasuk pembinaan hospital dan klinik di seluruh negara dengan menyaksikan pembatalan kontrak sekiranya gagal disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Antara hospital yang tersenarai adalah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (obstetrik) di Klang, Selangor; Hospital Raja Permaisuri Bainun (kardiologi) di Ipoh, Perak; Hospital Pulau Pinang (Fasa 2) dan Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang); Hospital Rembau (Negeri Sembilan) dan Hospital Kemaman (Terengganu). – BERNAMA

Kategori