Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kira-Kira 3,500 Murid Di...

KUALA LUMPUR Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia...

Umat Islam Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada...

Pertandingan Tarian Di Istana...

KUALA LUMPUR - Istana Budaya yang sinonim dengan penganjuran pementasan teater dan konsert,...

Tun M Dan Anwar...

Awal September lalu, dua musuh politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri...

Pendaftaran i-Suri KWSP Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini​​​​.

Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata pembukaan pendaftaran i-Suri itu susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018, minggu lepas.

Beliau berkata individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.


Kenyataan itu berkata statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.

Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman sesawang www.kwsp.gov.my serta kunjungi mana-mana cawangan KWSP. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori