Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anak Dedahkan iPhone X,...

APPLE dilaporkan telah memecat salah seorang juruteranya selepas anak perempuan jurutera terbabit telah...

Layari ‘Bahtera’ Konsep Kesatuan...

KOTA KINABALU - Menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, rakyat Malaysia...

“Suami Awak Besar Ni...

SEORANG pekerja kedai runcit warga Pakistan dibelasah penduduk kampung selepas mengaju soalan berbaur lucah...

Dakwaan Muhyiddin BN Akan...

ALOR SETAR - Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin...

Pendaki Solo Sasar Tawan 3 Puncak Dunia Dalam 28 Hari

KUALA LUMPUR – Mendaki dengan kecerunan hingga 85 darjah dan suhu serendah -30 darjah celcius adalah situasi yang bakal dihadapi pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid, dalam misi menawan tiga puncak Himalaya bermula 24 Ogos depan.

Pendaki berusia 43 tahun itu berkata mendaki tiga puncak tersebut iaitu Gunung Chandrabhaga (CB 13), CB 14 dan Gunung Stok, Kangri di India, kesemuanya berketinggian 18,642 meter dari aras laut disifatkan sebagai misi paling mencabar sepanjang 30 tahun pengalamannya mendaki gunung.

“Saya pilih ketiga-tiga puncak ini kerana bentuknya cukup unik dan ia juga gunung yang berisiko tinggi untuk didaki memandangkan permukaannya yang berais memerlukan kita untuk ‘lock’ badan pada dinding gunung tersebut, hinggalah ke puncak.

“Misi ini juga sebagai latihan kepada saya untuk merealisasikan impian menawan gunung pertama tertinggi di dunia, Everest dan keempat dunia, Gunung Lhotse yang kedua-duanya terletak di Nepal, dijangka bermula Mac tahun hadapan,” katanya kepada Bernama, di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Bapa kepada empat anak itu berkata selain mencari kepuasan diri, misi yang dinamakan sebagai Ekpedisi Merdeka Himalaya 2018 itu juga bertujuan mengharumkan nama Malaysia dan mengibarkan Jalur Gemilang di ketiga-tiga puncak gunung bersempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.

Khairil Aslan akan berlatih mendaki Bukit Melati di Nilai setiap hari dengan menggunakan topeng latihan latitud tinggi, iaitu kadar oksigennya akan ditutup antara 50 hingga 60 peratus selama dua jam.


Katanya di Malaysia, memang tiada tempat suhunya pada bawah paras negatif yang begitu rendah jadi kaedah itu adalah paling sesuai, selain mengayuh basikal untuk kecergasan kardiovaskular.

Bagi memenuhi cabaran ini, beliau turut berniaga menjual durian secara kecil-kecilan bagi menampung kos pendakian selama 28 hari di sana iaitu RM80,000.

“Pada Jun lepas, Selangor telah menaja RM50,000 bagi misi ini dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana yakin dan percaya bahawa sukan ekstrem seperti ini mampu memberi inspirasi dan manfaat kepada anak muda untuk mengejar impian masing-masing,” katanya yang juga Ikon Belia Gombak.

Beliau yang berasal dari Batu Kurau, Perak, pernah menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Mera, Lobuche dan Island dalam tempoh 32 hari pada 2015 dan mencipta rekod sebagai antara pendaki solo Asia melakukan kesemua ekspedisi itu pada musim sejuk. – BERNAMA

Kategori