Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Harus Diberi Akses...

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak harus diberikan akses yang sama terhadap peluang mengembangkan bakat...

Nak Selfie Dengan Pistol,...

SEORANG gadis hampir menempah maut apabila dia secara tidak sengaja memetik picu sepucuk...

Mayat 5 Lelaki Ditemui...

ALOR SETAR - Lima mayat lelaki ditemui terapung di beberapa lokasi di Sungai...

Mesin Penghancur Batu ‘Makan’...

Annapolis (Amerika Syarikat) - Seorang pekerja kuari di sini maut dalam keadaan mengerikan...

Penduduk Malaysia Dianggar 32.4 Juta Tahun 2018

KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia pada tahun 2018 dianggarkan mencapai 32.4 juta orang iaitu peningkatan sebanyak 4 juta orang berbanding tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, anggaran penduduk Malaysia itu meliputi seramai 29.06 juta warganegara dan 3.32 juta bukan warganegara.

Seramai 14.69 juta warganegara adalah lelaki dan 14.37 juta perempuan, manakala seramai 2.03 juta bukan warganegara adalah lelaki dan 1.29 juta bukan warganegara perempuan.

Kata kenyataan itu, seramai 7.71 penduduk Malaysia berusia bawah 14 tahun, 22.58 juta antara 16 hingga 64 tahun dan 2.10 juta berusia lebih 65 tahun.

Tambah Jabatan Perangkaan Malaysia, jangkaan hayat bagi penduduk lelaki Malaysia sehingga 72.7 tahun dan 77.6 tahun bagi wanita.

“Bayi perempuan yang lahir pada tahun 2018 dijangka boleh hidup 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki. Perempuan berusia 65 tahun pada tahun 2018 dijangka boleh hidup selama 17.2 tahun lagi,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berasingan berkata, pada 2018, dianggarkan kadar kelahiran kasar bagi setiap 1,000 penduduk adalah 15.8 dan kadar itu menurun berbanding 2017 iaitu 16.1.


“Laporan ini juga menunjukkan bahawa kadar kesuburan jumlah bagi seorang wanita berumur 15–49 tahun pada 2018 dianggarkan 1.9 orang anak.

“Kadar kesuburan jumlah di Malaysia telah berada di bawah paras penggantian iaitu 2.1 di mana purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya,” katanya.

Selain itu, kata beliau, kadar kematian kasar bagi setiap 1,000 penduduk pada 2018 dianggarkan 5.1 kematian berbanding 5.2 kematian pada 2017. – Mynewshub.tv

Kategori