Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: MUDA Hanya...

SEGAMAT: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan pendirian tidak akan bertanding dikerusi yang...

“Kalau Anak Jantan, Lawan...

SEMUA maklum aksi kecemerlangan pasukan polo negara yang diketuai oleh Menteri Belia dan...

2 Maut, Seorang Cedera...

KUCHING - Dua maut, seorang cedera parah manakala empat lagi cedera selepas kereta...

Kuil Dibom Dibuka Semula...

KUIL Erawan Shrine yang dibom di Bangkok dibuka semula untuk kunjungan orang ramai...

Penempatan Khas Rakyat Malaysia Terkandas Di Lombok

SUNGAI PETANI – Rakyat Malaysia, yang terkandas akibat gempa bumi kuat di Lombok, Indonesia pada Ahad lepas, akan ditempatkan di satu penempatan khas sebelum dibawa pulang secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan memastikan segala urusan membawa pulang kira-kira 161 rakyat Malaysia itu berjalan lancar.

“Penempatan yang akan diadakan itu bagi melicinkan kerja-kerja membawa pulang mereka secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Simulasi Bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda, di sini, hari ini.

Pada Ahad lepas, gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia yang meragut nyawa lebih 90 penduduk.

Gempa bumi yang berlaku pukul 6.46 petang waktu tempatan itu berlaku di 27 kilometer Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat.

Wan Azizah berkata ketika ini kerajaan sedang menunggu permohonan daripada kerajaan Indonesia bagi tujuan menghulurkan bantuan kepada negara itu.

“Memang ada tawaran yang kita bagi tapi mereka belum lagi buat permohonan untuk kita ke sana bagi menghulurkan bantuan yang perlu,” katanya.

Sambil mengucapkan takziah kepada Indonesia, Wan Azizah berharap rakyat negara ini dapat belajar daripada kejadian itu dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

“Kita berjiran dengan mereka dan saya berharap rakyat akan sentiasa mengambil langkah siap sedia itu,” katanya.

Mengulas kedudukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata banyak pihak yang sudi mengosong dan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar berikutan kemenangannya tanpa bertanding jawatan itu.


“Memang banyak tawaran kerusi tetapi kita belum lagi buat keputusan dan dia (Anwar) sendiri belum buat keputusan untuk bertanding di kerusi mana,” katanya.

Sebelum ini, Wan Azizah berkata beliau akan terus memegang jawatan dalam Kabinet dan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan manakala anaknya, Nurul Izzah pula akan terus berkhidmat di Parlimen Permatang Pauh sehingga akhir penggal lima tahun.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar meluluskan RM200,000 untuk penambahbaikan laluan evakuasi di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda.

Selain itu, pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Muda juga akan ditambah baik.

Pada 26 Dis, 2004 seramai 11 orang penduduk Kuala Muda terkorban dalam tragedi tsunami selepas gempa bumi yang melanda Acheh, Indonesia dan turut mengorbankan hampir 300,000 nyawa.

Turut hadir, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. – BERNAMA

Kategori