Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Ketua Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai...

Selepas 22 Tahun Dipertemukan...

Zou Qixiu, 50, tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja dia dipertemukan semula...

Kes Saman Fitnah LGE...

GEORGE TOWN - Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng...

Sultan Nazrin Titah Segera...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera...

Pengasas Aurawhite Terbit Filem Seram

KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan naskhah Pinjamkan Hatiku, pengasas produk kecantikan Aura White Global Sdn. Bhd. (Aurawhite), Datin Furyna Azmeer mengesahkan pihaknya bakal menerbitkan sebuah lagi filem yang mempertaruhkan genre seram tidak lama lagi.

Menurut Furyna, kejayaan karya arahan Osman Ali yang menampilkan Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil mengutip RM3.4 juta telah mendorongnya untuk sekali lagi terbabit dalam pembikinan filem.

“Saya bersyukur apabila percaturan pertama Aura White mendapat sambutan baik penonton biarpun ketika itu filem Pinjamkan Hatiku terpaksa bersaing dengan naskhah-naskhah hebat lain.

“Sekarang saya sedang mencari karya sesuai untuk diterbitkan dan untuk kali ini, saya mahu ketengahkan filem seram pula,” katanya.

Furyna berkata demikian sewaktu ditemui dalam majlis pelancaran ubat gigi Aurawhite semalam.

Pada acara tersebut, aktres Fasha Sandha, aktor Izzue Islam dan penceramah motivasi, Azman Syah Alias telah dilantik sebagai ikon bagi produk berkenaan.


Tambahnya, dia amat mementingkan kualiti dan mengalu-alukan sesiapa jua yang ingin bekerjasama merealisasikan hasratnya pada masa akan datang.

“Filem seram yang bakal diterbitkan akan menggunakan khidmat sutradara berbeza kerana saya ingin mempelbagaikan portfolio seni kami.

“Malah Aurawhite sentiasa menerima sebarang cadangan daripada sesiapa yang mahu menjalin kolaborasi dengan pihak kami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori