Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JDT Benam Kedah 2-0...

SHAH ALAM - Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 26 tahun selepas menjulang...

Raja Muda Nasihat Rakyat...

KRABI (Selatan Thai) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan...

Minum Susu Mentah Boleh...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak meminum susu mentah seperti susu lembu...

163 Usahawan Belia N.Sembilan...

PORT DICKSON - Seramai 163 usahawan belia Negeri Sembilan telah menerima bantuan geran...

Pengecaman Rangka Tentera New Zealand Dijangka Selesai Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja ekskavasi, analisis dan pengecaman lima rangka anggota tentera New Zealand di Perkuburan Perang Komanwel (CWG) Cheras dijangka selesai Sabtu ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata lima rangka berkenaan kemudiannya akan ditempatkan sementara di Kem Wardieburn di sini bersama-sama 16 rangka anggota tentera New Zealand yang dibawa dari CWG Terendak, Melaka Rabu lepas.

“ Baki tujuh lagi rangka dari CWG Kamunting, Perak pula dijangka selesai pada Ahad nanti,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kesemua 28 keranda akan diserahkan secara rasmi dalam Upacara Istiadat Penyerahan Rangka Warga New Zealand oleh Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 Ogos.

Katanya Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong hari ini mengadakan lawatan ke CWG Cheras dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meninjau kerja-kerja ekskavasi lima rangka anggota tentera dan keluarga New Zealand yang telah bermula pada Khamis lepas.

“Lawatan ini adalah susulan pelaksanaan Upacara ‘Send Off’ 16 rangka anggota tentera New Zealand dari CWG Terendak ke Kem Wardieburn pada Rabu lepas dan kelangsungan kerja-kerja ekskavasi di dua CWG yang lain iaitu di Cheras dan Kamunting.


“Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan ini menggambarkan kesungguhan kementerian, Angkatan Tentera Malaysia dan Kerajaan Malaysia dalam pelaksanaan Op Te Auraki serta komitmen agensi-agensi kerajaan yang terlibat kepada anggota tentera New Zealand yang telah terkorban dan berjasa kepada Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua,” katanya.

Terdahulu, taklimat dan lawatan telah diadakan di tanah perkuburan CWG Cheras dan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di HKL.

Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah HKL, Dr Heric Corray bersama Pengarah IPFN Datuk Dr Mohd Shah Mahmood. – BERNAMA

Kategori