Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Monday, February 3, 2025

Creating liberating content

Seludup Anak Buaya Dalam...

BRISBANE - Seorang lelaki di Australia didenda A$5,700 (RM17,100) selepas ditangkap menyeludup seekor anak...

Agong Berkenan Terima Darjah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Hantar Wakil Ke Sesi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan membantu pemain profesional Zulfadli...

Kontrak Weigang Ketua Jurulatih...

IPOH - Kontrak Karl Heinz Weigang sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Perak...

Pengsan Atas Pokok Petai

KUANTAN – Seorang lelaki ditemukan pengsan di atas pokok petai setinggi 11 meter di Felda Panching Selatan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.17 petang itu, Mohamed Hairi Mohamed Yusoff, 44, disedari pengsan oleh penduduk sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, sepasukan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6.20 petang.

“Dua anggota pasukan penyelamat menggunakan tangga untuk menaiki pokok petai itu bagi membawa mangsa turun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Kategori