Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dikritik, Sharifah Sakinah Padam...

PELAKON Sharifah Sakinah baru-baru ini ada berkongsikan gambarnya sedang bercuti di sebuah pusat...

Microsoft Mula Memberi Notifikasi...

WINDOWS 10 dikhabarkan akan muncul Julai hadapan.Seperti yang kita sedia maklum, kemas kini kepada...

Tentera Rusia Tawan Loji...

KIEV – Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal mengesahkan bahawa loji nuklear Chernobyl telah...

UMNO Akui Kesilapan, Sedia...

PERHIMPUNAN Agung UMNO yang baru berakhir Ahad ialah satu perhimpunan yang jauh berubah...

Pengunjung Floria Pada 31 Ogos Disaran Beli Tiket Dalam Talian

PUTRAJAYA – Pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2018 yang bercadang untuk mengunjungi festival bunga dan taman berkenaan selepas menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di sini pada 31 Ogos ini disaran membeli tiket secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Floria Sdn Bhd Haslinda Khalid berkata, pembelian tiket secara dalam talian lebih menjimatkan masa dan wang.

“Pengunjung tidak perlu beratur panjang jika sudah membeli tiket secara dalam talian untuk melawat Floria pada cuti umum 31 Ogos nanti,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada hari pertama Floria Diraja Putrajaya 2018 di sini hari ini.

Floria Diraja Putrajaya dijangka menerima pengunjung paling ramai pada 31 Ogos memandangkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Putrajaya.

Haslinda menambah pihaknya akan memantau kehadiran pengunjung dari semasa ke semasa pada 31 Ogos supaya kesesakan tidak berlaku.


Floria Diraja Putrajaya 2018 dibuka kepada orang ramai mulai hari ini hingga 2 September dari 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Tiket dewasa bagi warganegara Malaysia (Isnin hingga Khamis) ialah RM12 dan RM15 (Jumaat hingga Ahad). Sementara bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) tiket berharga RM6 (Isnin hingga Khamis) dan RM8 (Jumaat hingga Ahad). Bagi bukan warganegara tiket berharga RM24 (Isnin hingga Khamis) dan RM30 (Jumaat hingga Ahad).

Diskaun 20 peratus ditawarkan untuk pembelian secara dalam talian. – BERNAMA

Kategori