Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hasil Pendapatan Program MKMF...

REMBAU - Hasil pendapatan yang diperoleh usahawan Program My Kampung My Future (MKMF)...

PRN Sabah 26 September,...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi...

MyCC Siasat Isu Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam...

Serangan Barcelona: Najib Ucap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Peniaga Didakwa Guna Wang Palsu Beli Durian

SEREMBAN – Seorang peniaga kuih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu untuk membeli durian di Lenggeng, dekat sini, awal bulan ini.

Pengakuan Ridzuan Mat Nor, 35, itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan wang palsu ke atas Madzar Abd Aziz, 59, sebanyak empat keping wang kertas RM100 dengan mengetahuinya sebagai palsu di Jalan Lenggeng-Broga dekat sini, pada 3 Ogos lalu jam 11.30 pagi.

Bagi pertuduhan kedua, Ridzuan didakwa menggunakan wang palsu ke atas Rosli Ismail, 56, sebanyak dua keping wang kertas RM100 dengan mengetahuinya sebagai palsu di Jalan Kampung Tengah, Lenggeng, dekat sini, pada 9 Ogos lalu jam 9.30 pagi.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda,


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak, manakala tertuduh diwakili peguam A Partheeban.

Terdahulu, Norshazwani memohon mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Partheeban memohon supaya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan mempunyai isteri, tiga anak dan ibu bapa yang perlu dijaga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi setiap pertuduhan selain melaporkan diri di balai polis setiap Ahad awal bulan, serta menetapkan sebutan semula kes pada 20 September ini. – BH Online

Kategori