Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Empat Tangki Gas Dalam...

KUALA TERENGGANU – Seorang mekanik rentung selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna...

Yuna Semakin Terbuka Dedah...

PENYANYI antarabangsa kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna nampaknya sudah semakin selesa dan...

Nelayan Myanmar Miliki Dadah...

TELUK INTAN - Seorang nelayan warganegara Myanmar merupakan antara 21 individu yang ditahan...

Polis Jejak Suspek Larikan...

SHAH ALAM - Polis sedang menjejaki seorang suspek kes pecah amanah yang melarikan...

Perak Laksana Sistem Moden Ternak Babi

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan melaksanakan sepenuhnya sistem penternakan babi secara moden menjelang akhir tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan.

Beliau berkata, sistem itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana penternak perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu melaksanakan sistem kandang tertutup dan sistem pengurusan sisa kumbahan sifar, jarak minimum 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat serta kemudahan awam selain mengamalkan Amalan Penternakan Baik.​​​​​

Katanya, sehingga kini hanya 57 daripada 115 ladang penternakan babi di negeri ini telah melaksanakan sistem berkenaan.

“Walaupun kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan dasar bagi melaksanakan sistem penternakan khinzir moden menjelang 2021, tetapi kita tidak mahu menunggu terlalu lama dan mahu ia dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penternakan Khinzir Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sivanesan berkata, terdapat 540,000 ekor babi yang diternak di ladang khinzir di seluruh negeri antaranya di daerah Kerian, Kuala Kangsar, Kampar, Kinta, Manjung, Batang Padang dan Hilir Perak.

Pada pertemuan itu, Persatuan Penternakan Khinzir Negeri Perak telah menyumbangkan sebanyak RM450,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.- Bernama

Kategori