Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Henti Sebar Kisah Tak...

“HENTI sebarkan kisah tidak benar mengenai keluarga saya," itu permintaan daripada waris seorang...

Kutip Derma Anjur Tahlil...

KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menegaskan perbuatan memungut sumbangan untuk menganjur...

Dewan Rakyat: Masalah Pekerja...

KUALA LUMPUR – Kerajaan yakin dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam tempoh...

Projek Mega DAP Di...

KUCHING - Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja...

Perbincangan HSR Malaysia-Singapura Bulan Ini

KUALA LUMPUR – Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diadakan pada bulan ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mesyuarat rasmi berlangsung pada Ogos.

“Semalam, saya ke Singapura melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), dan saya ambil peluang bertemu pegawai kanan rasmi Singapura untuk berbincang mengenai HSR. Ia berlangsung dengan positif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek HSR.

Kerajaan Pakatan Harapan juga mendedahkan bahawa kos sebenar landasan kereta api sepanjang 350km yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura itu ialah RM110 bilion, sekali ganda daripada RM55 bilion yang diumumkan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini. – BERNAMA

Kategori