Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Warga Asing Tular Culik...

Raub : Wanita warga Pakistan yang tular kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak...

Kem Pada Pemilihan Parti...

BUTTERWORTH - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui wujud beberapa kem dalam...

Najib Kemuka Bantahan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan bantahan...

VIDEO: Apple Watch Ambil...

MASA itu sememangnya emas dan ia tidak boleh dijual beli.Maka apabila apabila kami melihat...

PERHILITAN Buru Jerat Dawai

KUANTAN – Usaha mengesan dan memusnahkan jerat dawai dipasang pemburu haram untuk menangkap harimau belang di beberapa kawasan hutan di negeri ini dilakukan secara berterusan sepanjang tahun.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, berkata operasi memusnahkan jerat dawai yang menjadi musuh utama binatang bersaiz besar dilakukan di peringkat daerah dan negeri.

Beliau berkata, selain harimau belang binatang seperti rusa, beruang, pelanduk, kambing gurun dan gajah turut menjadi mangsa jerat dawai yang dipasang pemburu haram di sepanjang denai atau laluan hidupan liar terbabit.

Katanya, sebelum ini banyak kes haiwan terbabit terkena jerat dawai hingga menyebabkan kecederaan serius selain bahagian kaki dan tangan yang tidak dapat diselamatkan.

“Selain kawasan hutan Koridor Hidupan Liar Sungai Yu, Lipis yang menjadi lokasi utama kegiatan menangkap harimau belang menggunakan jerat dawai, beberapa hutan di Rompin turut menjadi tumpuan pemburu haram.

“Kita tidak akan berkompromi dengan pemburu haram yang terbukti melakukan kesalahan, pesalah didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 sabit kesalahan didenda RM100,000 dan penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kejayaan sukarelawan Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MyCat) memusnahkan 150 jerat dawai dalam masa lapan tahun (2010-2018) di kawasan hutan Koridor Hidupan Liar Sungai Yu.

Setiap bulan tujuh hingga 10 sukarelawan terbabit masuk ke kawasan Hutan Yu, Hutan Simpan Tanum dan Hutan Simpan Hulu Jelai yang berada dalam koridor hidupan liar Sungai Yu bagi mencari jerat dawai.


Bulan lalu, badan bukan kerajaan itu menemui enam jerat dawai yang dipasang di beberapa denai, kegiatan terbabit menjadi lebih aktif setiap kali musim perayaan apabila permintaan binatang liar bertambah.

Ahmad Azhar berkata, PERHILITAN dari masa ke semasa melakukan operasi mengesan pemburu haram yang melakukan aktiviti memburu binatang tanpa lesen, termasuk merampas seekor rusa sambar betina seberat 80 kilogram (kg) yang mati ditembak milik pemburu haram di Hutan Simpan Berkelah, Jerantut, bulan lalu.

“Kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat dapat membantu PERHILITAN mengesan dan memusnahkan jerat dawai serta pemburu haram yang menggunakan pelbagai cara untuk menangkap binatang.

“Unit Penguatkuasa Pejabat PERHILITAN daerah akan segera membuat serbuan tanpa mengira waktu dan masa apabila mendapat maklumat, tindakan tegas dapat membendung kegiatan pemburu haram,” katanya. – BH ONLINE

Kategori