Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mayat Ibu 2 Anak...

PENDUDUK di Rusia dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kanibal di mana seorang wanita telah...

PRU14: DAP Sudah Tunjuk...

DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan...

Wanita Islam Dicalon Jadi...

BUCHAREST - Dalam langkah yang mengejutkan, parti politik terbesar Romania semalam menamakan seorang...

KKMM Perkenal Saluran Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan mewujudkan beberapa...

Perjumpaan MP PH: CEP Diterus, Pecat Pegawai Tinggi

DALAM satu perjumpaan tertutup ahli Parlimen PH (didedahkan akhbar Straits Times Singapore) Tun M kata, dia perlukan 5 tahun bukannya 100 hari untuk menunaikan janji.

Dia juga mengaku janji pilihan raya PH melampaui batas. Menurut Tun M lagi, PH tidak sangka menang PRU ke 14. Dengan kata lain PH terkejut beruk kerana menang.

Sebagai langkah susulan, peranan “Council of Eminent Person” (NEP) akan diteruskan (walaupun berjanji akan ditamatkan apabila cukup 100 hari PH memerintah).

Manakala pemecatan akan diteruskan. Siapa mereka yang akan dipecat? Sudah tentulah beberapa orang Pegawai Tinggi Kerajaan. Nampaknya CEP di bawah Daim akan lebih autoritatif dan digeruni.

Bekas Ketua Hakim negara pun kena datang mengadap CEP. Kabinet Kerajaan akan menjadi second class. Sebab itu Menteri Menteri PH menjadi semakin “idiots”.

Hanya mampu berfikir soal kasut hitam, tandas untuk LGBT, tanam sayur belakang rumah dan naikkan cukai soda. Sepatutnya CEP yang ditutup kerana ekonomi gagal, hasil negara kurang, harga sawit turun, harga barang tidak turun, ringgit semakin lemah dan janji tidak tertunai.

Malangnya, Pegawai Tinggi Kerajaan pula dimangsakan atau jadi kambing hitam. Mungkin Pegawai Tinggi berkenaan engkar arahan CEP.


CEP akan menjadikan kroni kapitalisme dan nepotisme berleluasa seperti kes penjualan SPLASH. Ia akan menjadi buffer zone antara Tun M dan Kabinetnya.

Jika ada keputusan Kabinet yang dia tidak suka CEP akan digunakan untuk “over rule”. Rakyat Malaysia sekelian, bangkitlah hingga CEP dibubarkan. Jika tidak, penipuan akan berterusan.

“Tipu Tipu Tipu….Tepuk” 3X

Mohd Puad Zarkashi
18.8.2018

Kategori