Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Mahkamah: Penganggur Didakwa Cuba...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mata Boleh Buta Jika...

LONDON - Amaran bagi anda yang sering menggunakan telefon bimbit ketika berbaring di...

Pemain Biola Terkenal Dunia...

PEMAIN biola terkenal dunia, David Garrett, telah disaman oleh bekas kekasihnya yang juga pelakon...

Tahap Kualiti Udara Di...

KUALA LUMPUR - Tahap kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pagi ini...

Persatuan Tadika Swasta Melaka, TH Anjur Simulasi Haji Cilik

MELAKA – Persatuan Tadika Swasta negeri Melaka berhasrat untuk terus menjalin kerjasama dengan Tabung Haji (TH) pada tahun akan datang dalam menganjurkan Program Simulasi Haji Cilik bagi pendedahan awal ibadah haji untuk kanak-kanak tadika.

Presidennya Suhaili Othman berkata kerjasama kali pertama dengan TH pada tahun ini memberi pendedahan dan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak terlibat berkenaan rukun serta proses mengerjakan ibadah haji.

Program tahunan persatuan ini sudah masuk kali ketiga dan kali ini agak berlainan kerana dengan kerjasama daripada TH, menjadikan perjalanan program dan pengalaman diperoleh kanak-kanak terlibat berbeza.

“Sebagai contoh pada tahun ini simulasi haji dan umrah dilakukan serentak dengan bimbingan wakil daripada TH dan setiap rukun atau proses mengerjakan ibadah berkenaan perlu dilakukan mengikut kaedah sebenar,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Program Simulasi Haji Cilik 2018 di Masjid Cina di sini, hari ini.

Hampir 700 kanak-kanak dari 45 tadika swasta di bawah persatuan itu menyertai program ini. Turut hadir Pengarah TH Melaka Amat Kassim Pait.

Mengulas lanjut, Suhaili berkata selain itu, program simulasi ini dapat mencetuskan keinginan dalam diri mereka untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji.


Beliau berkata justeru pihaknya menggalakkan lebih ramai pengusaha taska swasta di seluruh negeri untuk menyertai aktiviti itu kerana ia adalah pendedahan awal dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek pendidikan dan rohani.

“Jumlah tadika swasta di negeri ini yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan ialah lebih 400 melibatkan kira-kira 11,000 kanak-kanak dan kita mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada tadika swasta lain pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Naufal Hazman, 4, dari Tadika Seri Bestari Jaya berkata beliau seronok mengikuti program simulasi haji dan umrah itu walaupun tidak berapa faham tentang proses perjalanan ibadah berkenaan secara keseluruhan.

“Yang seronoknya bila baling batu (melontar jamrah)…kawan baling batu, saya pun ikut sekali,” katanya. – BERNAMA

Kategori