Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Perakam Suara Kokpit QZ8501...

LAPORAN terkini Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 menyaksikan kotak hitam...

Teh Termahal Dunia, 30...

BEIJING: Teh yang dihasilkan dari kawasan Pergunungan Wuyi, Provinsi Fujian, China ini digelar sebagai...

Exco Melaka Didakwa Terbabit...

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang didakwa terbabit dalam skandal...

SPR Pertimbang Nama Parti...

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin menyiarkan termasuk menerusi media massa parti...

Persidangan Ajaran Sesat Di Sabah?

KUALA LUMPUR – Satu seminar persidangan sedunia anjuran fahaman ilmu syahadah dan zikir nafas yang didakwa telah difatwakan sebagai haram dan menyeleweng di beberapa negeri akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 11 November 2018.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari yang membuat dakwaan itu berkata, penganjuran seminar persidangan sedunia berkenaan dirancang Jawatankuasa Majlis Syahadah Sedunia.

Dakwa beliau, penganjuran program itu wajar dihentikan kerana jawatankuasa pelaksana majlis tersebut dipimpin oleh pengasas Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) yang membawa fahaman ajaran Ilmu syahadah dan zikir nafas yang telah difatwakan sebagai haram dan menyeleweng daripada akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pengharaman fahaman yang dibawa Perahmat telah dikeluarkan oleh jabatan mufti di beberapa buah negeri yang telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran bagi pertubuhan itu adalah sesat.

“Antara negeri yang telah mengharamkan ajaran tersebut ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Zamihan seterusnya menegaskan Aswaja menyokong penuh fatwa berkenaan dan bersedia untuk berhujah bagi mempertahankan kebenaran.


Kata beliau, Aswaja khuatir dan bimbang penganjuran majlis itu akan menjadi penyebab dan membuka peluang kepada tersebarnya fahaman yang terpesong dan bertentangan dengan akidah dan akan mengelirukan umat Islam di Sabah.

Justeru, katanya, Aswaja turut mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang negeri dan negara ini.

“Semua pihak perlu berhati-hati kerana modus operandi ajaran ini sering kali menyusup dalam kalangan orang politik dan tokoh kenamaan bagi melestarikan ajaran mereka,” dakwanya. – MYNEWSHUB.TV

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori