Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukan SEA: Malaysia Ke...

GOL tunggal hasil tandukan penyerang, N. Thanabalan, membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan...

Warga Emas Lari Dari...

BACHOK - Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri...

Sultan Nazrin Penaung Pusat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian...

“Kami Telah Tunjukkan Mengapa...

KUALA LUMPUR - "Kami telah tunjukkan kepada semua mengapa Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Peruntukan PBT Harus Dahulukan Keperluan Penduduk

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mendahulukan keperluan penduduk berbanding peruntukan untuk melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, berkata bagaimanapun, peruntukan itu perlu dinilai berdasarkan keperluan penduduk sekitar dan tidak dibuat sewenangnya-wenangnya.

“Kita ada target untuk meletakkan 30 peratus penyertaan wanita dalam kebanyakan jawatan PBT.

“Tetapi kita mesti perincikan. Ia mestilah ada kelayakan untuk peruntukan itu dan mengambil kira keperluan untuk penduduk.

“Satu daripada syaratnya adalah kalau boleh ahli majlis PBT diketengahkan dari kalangan penghuni dan pengundi,” katanya ketika menyertai program sembelihan korban di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam, Ampang, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah meluangkan masa kira-kira sejam bersama ratusan penduduk kariah berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sambil bersalaman dan bergambar.


Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan menilai semula peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita.

Jelasnya, polisi telah mula dilaksanakan dan akan disemak keberkesanannya dua tahun lagi.

Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 ahli majlis dan sekiranya 30 peratus (dalam kalangan wanita) bermaksud sekurang-kurangnya lapan orang mesti diwakili wanita.

Ahli majlis dilantik setiap dua tahun sekali dan sekiranya PBT gagal mematuhi syarat Sistem Penarafan Bintang terdapat kemungkinan mereka gagal mendapatkan peruntukan, namun semuanya akan dinilai semula. – BERNAMA

Kategori