Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Trump Sah Tiada Masalah...

WASHINGTON DC - Presiden Donald Trump disahkan tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau...

Lonjakan Kes Covid-19 Hasil...

KUALA LUMPUR - Pola kes harian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini adalah hasil...

Melayu Jadi Bangsat Jika...

Ini luahan dan warkah saya untuk muhasabah parti keramat melayu yang akan bersidang esok. Selamat memilih pemimpin tertinggi

Polis Cedera Penangan Boxing...

DUA angota polis cedera semasa rusuhan di pusat membeli-belah Westfield semasa jualan sempena...

PH Dibidas Kenakan Tindakan Terhadap Dr. Nur Ilyani

PERTIKAI… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipersoalkan kerana tidak amal kebebasan bersuara berhubung isu teguran Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi terhadap Datin Marina Tun Mahathir.

Ia susulan tular laporan kemungkinan pegawai perubatan di Kelantan itu bakal dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana berani menulis surat terbuka kepada anak Perdana Menteri tersebut yang sokong gerakan amalan songsang.

Isu itu ditegaskan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mahu hak kebebasan bersuara bukan hanya untuk penyokong kerajaan PH masa kini tetapi juga kepada para pengkritiknya di luar blok politik tersebut.

“Takkanlah baru mengkritik kenyataan anak Perdana Menteri terus nak diberi surat tunjuk sebab. Please walk the talk kerajaan PH!,” katanya menerusi akaun sosial Twitter miliknya semalam merujuk nasib menimpa Nur Ilyani.

Beliau mengulas kes doktor itu yang didakwa diadu kepada Bahagian Pengaduan Awam akibat siar surat terbuka dalam Facebook kepada Marina sebagai bantah pengiktirafan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Surat berkenaan dibuat setelah Marina mendesak agar golongan dilaknat Tuhan itu turut diberikan hak sama rata dari sudut hak asasi manusia kononnya pengamal LGBT tempatan teruk terima layanan diskriminasi banyak pihak.


Perkongsian status luahan oleh Nur Ilyani yang berkhidmat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu itu mendapat lebih 4,000 tanda suka serta dikongsi sebanyak 2,700 kali oleh pengguna media sosial seluruh dunia.

Bagaimanapun status surat terbuka berkenaan kemudian tiba-tiba telah dipadamkan kerana mendapat laporan daripada segelintir netizen pro-PH. Walaupun begitu, salinan skrin surat terbuka itu telah dikongsi di media sosial.

Ini turut mengakibatkan ramai pengkritik PH bertindak kutuk Marina yang menggunakan tarafnya sebagai anak Perdana Menteri untuk menekan individu tidak sealiran dengan kelompok anti-Islam. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori