Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beli Iphone 5s, Tapi...

HAJAT untuk memiliki sebuah iPhone 5S hancur berkecai apabila seorang remaja lelaki hanya...

Tinggalan Rangka Manusia Gergasi...

MELAKA - Seorang ahli sejarah mendakwa telah menjumpai tinggalan rangka manusia yang dipercayai...

Trend Zaman Sekarang…Gaduh Sambil...

ALAHAI...nak tergelak pun ada kami melihat video pergaduhan ini.Tapi itulah hakikat yang perlu...

Bacaan IPU Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan...

PH Tidak Mahu Minta Maaf Gagal Tunai Janji Sendiri

ANGKUH… Ketika beberapa menteri terpaksa mohon maaf secara terbuka setelah dikutuk rakyat atas pelbagai isu panas, lain pula hal dengan Pakatan Harapan (PH) yang enggan berbuat demikian.

Sebaliknya meskipun gagal tunai janji dalam tempoh 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, tiada keperluan untuk memohon maaf kepada rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan selamba berkata, ini kerana kerajaan PH konon tetap komited menunaikan kesemua janji manis itu setelah berusaha sedaya upaya melaksanakannya dalam masa ditetapkan.

Menurut bekas Presiden PKR itu, antara janji yang berjaya ditunaikan adalah pemberian insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah di bawah Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Juga pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat, minggu lalu dengan menyaksikan rakyat bakal dibebankan pula menerusi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) lebih tinggi.

Baca: PH Buat Janji Manis Tanpa Jangka Menang PRU

“Tidaklah. Memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya-upaya sekurang-kurangnya di kementerian saya sudah buat EPF SURI, saya sudah berjaya mempromosi dan menjalankan program tersebut.

“GST memang susah sekali, sekarang kita hendak buat supaya mampu tampung keperluan dan menangani ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini bagi mengulas genap 100 hari kerajaan PH berkuasa.


Ramai netizen termasuk penyokong tegar PH dilaporkan mengutuk pentadbiran kerajaan baharu yang masih gagal tunai janji mereka sendiri sehingga menyebabkan rakyat terpedaya mengundi mereka ketika PRU ke-14 lepas.

Namun, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak bijak dengan berdalih simpati konon kerajaannya warisi hutang RM1 trilion daripada Barisan Nasional (BN), angka yang dipertikaikan banyak pihak sebagai palsu.

Ini membolehkan PH cuba berselindung dengan isu itu tetapi pada masa sama dilaporkan media antarabangsa berjaya mewujudkan hutang baharu bernilai puluhan bilion ringgit setelah berkuasa. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Kategori