Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Benarkan Solat Tarawih...

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan dua aktiviti yang kembali...

Korban Ke-20 COVID-19 Selamat...

KOTA BHARU - Jenazah korban ke-20 COVID-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

Kempen ‘Bebas Beg Plastik’...

SHAH ALAM - Kempen 'Bebas Beg Plastik' setiap hari yang dilaksanakan kerajaan negeri...

AMK Dakwa Gaji Penjawat...

KUALA LUMPUR - Tindakan memotong gaji 163,007 penjawat awam bagi membayar tunggakan pinjaman...

Piala Malaysia: MIFA Kejutkan Juara Bertahan JDT

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala Malaysia 2018 dengan langkah kiri apabila tewas mengejut 1-2 kepada pendatang baharu, MIFA pada aksi Kumpulan C di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, malam ini.

Pemain import dari Korea Selatan, Bae Beom-guen menghadiahkan gol kemenangan untuk pasukan Liga Premier itu apabila sepakan melencong tepat ke penjuru kanan gol melakarkan kejutan ke atas JDT, juara Liga Super lima musim berturut-turut itu.

Biarpun turun sebagai ‘underdog’, MIFA menampilkan aksi terpuji apabila berjaya mematahkan beberapa percubaan berbahaya JDT sebelum Kpah Sean Sherman berjaya mengelirukan kapten Marcos Antonio untuk menjaringkan gol pertama MIFA pada minit ke-18.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT meningkatkan rentak dan sering mengasak kubu pelawat namun gagal melakukan penyudahan sehingga babak pertama.

Pada babak kedua, strategi jurulatih MIFA, K. Devan untuk bermain secara defensif berjaya menghalang barisan depan JDT sebelum Fernando Marquez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-68.

Pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim menghadiahkan sepakan penalti apabila bola lontaran Corbin Ong terkena tangan kapten B. Tinagaran.

Dalam satu lagi aksi kumpulan C, juara lima kali Kedah gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah terikat tanpa jaringan menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.


Sementara itu, pasukan Liga Super, PKNS FC turut bermula dengan cemerlang setelah menang selesa 5-2 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Lima gol pasukan pelawat diperolehi menerusi sepakan penalti Romel Oswaldo Moralez pada minit ke-26 selain empat gol padang iaitu Daniel Sang Ting (47′) , Muhammad Faris Ramli (63′) Rafael Ramazotti (74′) dan Mohd Safee Sali pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

PDRM meraih gol hasil sentuhan penyudah Petrisor Voinea pada minit ke-45 dan Muhamad Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-78.

Satu lagi aksi kumpulan B di antara juara Liga Premier, Felda United dan Melaka di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. – BERNAMA

Kategori