Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Rentung Selepas...

SEREMBAN - Seorang lelaki ditemui rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas...

Siasatan Kes Konvoi Kereta...

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah mengambil keterangan seramai 11 individu yang terlibat...

Pasangan Indonesia Jawab Salam...

SUAMI isteri warga Indonesia dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen ketika cuba melarikan diri...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar...

PIL1 Tidak Akan Selesai Masalah Trafik Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengkaji cara-cara alternatif untuk menangani masalah trafik di negeri ini dan tidak sebaliknya terus mempertahankan cadangan membina lebih banyak lebuh raya.

Anggota jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Choo Chon Kai mengulangi gesaannya kepada kerajaan negeri supaya membatalkan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) dan mengkaji semula pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

“Kerajaan negeri harus secara serius membangunkan alternatif yang mampan dan bukannya membelanjakan sejumlah besar wang untuk memenuhi kepentingan pemaju hartanah,” kata beliau pada sidang medai di sini hatri ini.

Projek lebuh raya PIL 1 yang dicadangkan akan dilaksanakan di bawah fasa pertama PTMP.

PTMP ialah projek yang diusahakan oleh kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, membabitkan pembinaan terowong bawah laut yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta pengangkutan bas di sebelah pulau dan tanah besar.

Choo berkata projek lebuh raya bukanlah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah lalulintas di negeri ini dan analisis lalu lintas menunjukkan bahawa lebuh raya yang dicadangkan itu akan mencapai kapasiti sepenuhnya menjelang 2030.


Beliau berkata kerajaan negeri harus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya bagi menangani masalah kesesakan di waktu puncak dengan menambah baik sistem pengangkutan awam dan bukannya dengan membina lebih banyak jalan dan lebuh raya.

“Projek lebuh raya PIL1 akan menimbulkan kemudaratan jangka panjang kepada kesihatan, alam sekitatr dan kesejahteraan penduduk yang tinggal di Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PIL1

Kategori