Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rayer Tarik Diri Wakili...

GEORGE TOWN - Peguam, RSN Rayer menarik diri daripada mewakili seorang tertuduh dalam...

Belanjawan 2019 Perak Dibentang...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan membentangkan Belanjawan 2019 pada 27 Nov ini,...

Polis Rampas Ecstasy, Syabu...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses pil ecstacy, merampas beberapa...

Tekad SPRM Di Bawah...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merafak sembah tahniah kepada...

“Pingat Emas Malaysia Dirompak” – Megat Zulkarnain

JAKARTA – “Pingat emas Malaysia telah dirompak secara terbuka,” itu reaksi Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin selepas tamatnya aksi final penuh kontroversi saingan Kelas E Putra Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah itu, jaguh pencak silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari tewas kepada pesilat Indonesia, Komang Harik Adi Putra selepas bertindak menarik diri dengan meninggalkan gelanggang susulan dakwaan berlakunya keputusan berat sebelah oleh juri.

Megat Zulkarnain yang ditemui media Malaysia dan tempatan meletakkan sepenuhnya kesalahan kekalahan juara dunia 2016 dan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu pada beberapa juri yang mengadili perlawanan itu.

“Saya sudah jangkakan situasi kotor ini akan berlaku dan semalam juga saya telah mengarahkan jurulatih membuat protes sekiranya juri daripada Korea Selatan dan Laos itu bertugas, namun kami terlepas pandang yang akhirnya menyaksikan mereka duduk sebagai juri pada hari ini.

“Kita boleh nampak serangan yang dilakukan Al Jufferi di hadapan mereka langsung tidak diberikan markah, sebaliknya lawannya (Komang) yang mendapat markah. Akhirnya semua dapat saksikan hak pingat emas Al Jufferi telah dirompak,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang berang melihat situasi itu kemudian mengarahkan Al Jufferi meninggalkan gelanggang sebagai tanda protes selain mengakui Al Jufferi bukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut.


“Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya kerana meminta Al Jufferi meninggalkan gelanggang kerana saya percaya kemenangan tidak akan berpihak kepada beliau,” tambahnya.

Justeru, beliau menegaskan akan bersama-sama negara lain yang bertanding untuk melihat perkara ini secara mendalam sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan.

Pada aksi final itu, Al Jufferi bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama, namun berjaya bangkit mendahului 3-2 di penghujung pusingan kedua.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang. – BERNAMA

Kategori