Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Positif Dadah Langgar...

TIDAK dapat dipastikan motif sebenar kejadian membabitkan seorang lelaki yang melanggar pintu pagar rumah...

Para Isteri Tolong Jangan...

SEBELUM berkahwin, ayat-ayat cinta tak pernah lekang di bibir, "I  love you, I miss you,...

Tchetche Mahu Tamat Kemarau...

KUALA TERENGGANU: Selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super tanpa sebarang gol, penjaring kedua...

Harga Telur Mahal, Berapa...

KUALA LUMPUR - Harga telur di ladang masih tinggi walaupun menteri yang berkaitan...

Emas, Perak Dalam Genggaman Acara Skuasy Wanita

JAKARTA – Kontinjen Malaysia hampir pasti menambah koleksi pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila dua wakil negara, Datuk Nicol David dan S. Sivasangari mara ke final acara skuasy perseorangan wanita, esok.

Nicol yang merupakan juara bertahan dan pemenang pingat emas empat kali pada Sukan Asia, menepati ramalan mara ke pentas akhir apabila menewaskan pemain nombor 19 dunia, Dipika Pallikal dari India 11-7, 11-9 dan 11-6 pada aksi separuh akhir di arena skuasy Gelora Bung Karno, hari ini.

Sementara ​​​​​​​Sivasangsari meneruskan rentak cemerlang apabila mengejutkan pemain di ranking ke-16 dunia, Joshna Chinappa dari India 12-10, 11-6, 9-11 dan 11-7 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod, pemain kelahiran Kedah berusia 19 tahun itu membuat kejutan apabila menang 11-9, 11-13, 11-5, 3-11 dan 11-5 ke atas pemain nombor 11 dunia, Annie Au dari Hong Kong pada perlawanan suku akhir, semalam.

Setakat ini, Malaysia meraih satu pingat emas menerusi trio boling wanita negara, Esther Cheah Mei Lan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Rabu lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Nicol ternyata gembira dengan kemenangan tersebut dan memuji pemain dari India itu yang memberi tentangan sengit.

“Saya gembira memenangi perlawanan ini dengan straight set. Sejak set pertama lagi, lawan saya bermain dengan baik dan selepas memenangi dua set pertama, ia memberi saya lebih keyakinan untuk menamatkan perlawanan itu pada set ketiga.


“Saya tahu saya akan berdepan lawan yang sukar dan perlu berada di prestasi terbaik. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dan menampilkan permainan yang bagus,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Sivasangari mempunyai visi berbeza untuk mengejutkan idolanya pada penampilan sulungnya pada Sukan Asia, sambil berkata beliau gembira dapat terus mempamerkan prestasi membanggakan pada temasya sukan empat tahun sekali itu.

“Saya masih tidak percaya mampu mara sehingga ke final pada penampilan pertama saya pada Sukan Asia. Saya hanya mempersiapan diri dari segi mental berdepan Chinappa, selepas menewaskan pemain nombor 11 dunia semalam.

“Sejak dulu lagi saya memang mahu bertemu Nicol dan impian ini menjadi kenyataan dapat beraksi menentang beliau…kita akan lihat apa keputusan esok,” katanya.

Untuk rekod, ia adalah kali kedua pertemuan antara pemain Malaysia pada pentas final pada Sukan Asia selepas edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan, menyaksikan Nicol menumpaskan Low Wee Wern 9–11, 11–6, 11–5 dan 12–10 pada perlawanan akhir. – BERNAMA

Kategori