Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

QZ8501 – Kementerian Luar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar membuka bilik operasi susulan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia...

Doktor Disaman Kerana Sindir...

Virginia – Ketika anda sedang terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik bedah,...

Vui Keong Nafi Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa pembangkang tidak mengundi...

Thailand Rampas Tiga Tan...

Bangkok - Pihak berkuasa Thailand menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja...

Pinjaman Peribadi Untuk Bayar PTPTN Tindakan Tidak Bijak

KUALA LUMPUR – Trend membuat pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai tindakan tidak bijak.

Perunding kewangan Shamsuddin Kadir berkata ada peminjam PTPTN yang tidak faham konsep pengiraan faedah yang ditawarkan bank dan kemudahan kredit lain selain terpengaruh dengan rakan sebaya yang terjebak dalam pinjaman peribadi bagi membayar pinjaman PTPTN.

“Hutang melalui pinjaman peribadi hanya menjadikan kita miskin. Walaupun pembayaran (pinjaman PTPTN) mungkin mengambil masa, perlu diingat kosnya (kadar faedah PTPTN) rendah,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini malam tadi.

Shamsuddin berkata apa yang paling penting ialah ansuran PTPTN dibayar tepat pada masa selain peranan ibu bapa dalam memastikan anak mereka membayar hutang PTPTN.

“Selalu kita dengar ibu bapa menyoal anak bila nak beli kereta, rumah namun tidak membangkitkan soal pembayaran hutang PTPTN. Bila kita dah ambil duit (PTPTN) itu, liat nak bayar dan orang lain yang nak belajar tidak dapat peluang sewajarnya. Ini patut dielakkan,” katanya.

“Sepatutnya mereka peka dan turut memantau soal kewangan anak-anak, sama ada mereka (anak) menerima surat pinjaman peribadi atau kad kredit bagi mengelak terjerumus daripada masalah kewangan serius,” jelasnya lagi.


Katanya, antara perkara yang seboleh-bolehnya dielak dalam pengurusan kewangan ialah pinjaman peribadi, penggunaan kad kredit dan skim ansuran mudah.

“Utamakan perbelanjaan mengikut keperluan, elak perbelanjaan melampau dan bijak melabur dalam aset hartanah,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori