Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM, Isteri Hadir P’kahwinan...

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

Bale, Ramos Terlepas Aksi...

MADRID- Real Madrid tidak dapat menurunkan dua bintangnya, Gareth Bale dan Sergio Ramos...

Liverpool Kekal Rekod Tanpa...

LONDON - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)...

i-Guru Gesa Serap Guru...

SEREMBAN : Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memberi keutamaan kepada guru interim terlatih untuk...

Pique Tunggu Kedatangan Pogba

PEMAIN pertahanan Barcelona, Gerrard Pique amat mengalu-alukan kedatangan Paul Pogba ke Nou Camp jika pemain kebangsaan Perancis itu tekad meninggalkan Manchester United.

Kelab di Sepanyol mempunyai tempoh sehingga hujung bulan ini untuk membawa masuk muka baharu dan Barcelona dikaitkan dengan Pogba selepas pemain itu memberitahu dia tidak gembira di Old Trafford.

Lebih memburukkan lagi keadaan hubungan Pogba dan Jose Mourinho kembali tegang baru-baru ini.

“Kami gembira jika dia dapat datang ke sini.

“Tidak banyak yang saya tahu mengenai apa yang dilaluinya di Manchester dan isu perhubungan yang berlaku antara dia dan juga Mourinho.

“Pogba seorang pemain yang amat bagus, namun dia pemain Manchester United dan kita lihat jika sesuatu berlaku pada masa depan,” kata Pique.


Awal bulan ini, pemain berusia 25 tahun itu berkata dia bimbang akan didenda jika bersuara mengenai hubungannya dengan Mourinho.

Barcelona membeli empat pemain pada musim panas ini termasuk pemain tengah Arturo Vidal. – mStar Online

Kategori