Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Berlian 100 Karat Paling...

NEW YORK - Sebutir berlian 100 karat yang berasal dari sebuah lombong di Afrika...

Vivy Yusof Saman Netizen

Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu, menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19.

Indonesia Tarik Balik Pembekuan...

Indonesia bersetuju untuk menarik semula sekatan kemasukan pekerjanya ke Malaysia bermula 1 Ogos...

Pasangan Warga Emas Meninggal...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah...

PKR Jangan Jangkitkan Perangai Buruk Dalam PH!

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya jangan menjangkitkan perangai buruk parti itu kepada Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin PPBM, Wan Saiful Wan Jan berkata, dakwaan yang dibuat beberapa pemimpin PKR bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi pemimpin negara sebagai biadap.

“Rakan-rakan dalam PKR wajar menjadi lebih beradab dalam kata-kata mereka terhadap pemimpin parti lain dalam PH.

“Dalam keghairahan mencari jawatan dalam parti, berbicaralah mengenai hal ehwal parti sendiri dan jangan fitnah pemimpin parti lain,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Saiful berkata, tuduhan liar dan fitnah mungkin budaya pihak lain, tetapi mendakwa PPBM diajar oleh Mahathir untuk menghormati semangat setiakawan dalam PH.

Namun, katanya, dalam PH menghormati persahabatan, jangan ada pemimpin parti lain yang celupar memfitnah semata-mata kerana nafsu mahu mengejar jawatan dunia.


Tegas beliau, perangai buruk tidak berakhlak pemimpin PKR itu bukan budaya yang dimahukan dalam gabungan PH dan tidak sepatutnya mengheret pihak lain dalam perpecahan teruk parti sendiri.

“Pemimpin atasan PKR perlu tegas dalam hal ini. Mereka perlu buktikan mereka tidak bersetuju dengan sikap yang biadap. Jika tidak, rakyat akan menganggap bahawa pemimpin atasan PKR meredhai fitnah dan perangai buruk yang ditunjukkan,” katanya. – Mynewshub.tv

  • Lagi berita berkaitan:
  • PH
  • PKR

Kategori