Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tengku Adnan Bidas Pihak...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mempersoal...

Media Diminta Jangan Desak...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Kerajaan Yakin Sasaran KDNK...

KUALA LUMPUR - Kerajaan yakin sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara...

7 Pasangan Dicekup Malam...

JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun ditahan Bahagian Penguatkuasa...

PM Tidak Halang Sesiapa Baca Utusan

BEBAS… Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menegaskan bahawa semua pihak termasuk penjawat awam dan penyokong Pakatan Harapan (PH) sendiri bebas membaca Utusan Malaysia.

Perdana Menteri memberi jaminan demikian sebagai respons kepada soalan pihak media mengenai isu penamatan langganan akhbar berpengaruh tempatan itu oleh Kementerian Pendidikan di semua sekolah dan universiti awam.

“Semua bebas untuk membaca Utusan Malaysia. Kami tidak akan menghalang sesiapapun yang mahu berbuat demikian. Kami tidak akan menangkap sesiapa dan ‘bakar’ akhbar itu,” kata Mahathir lagi kepada pemberita.

Beliau yang juga Pengerusi PH dan ketua kerajaan dengan usia tertua di dunia itu ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden blok politik tersebut yang berlangsung di bangunan Parlimen semalam.

Isu ini timbul apabila Penasihat Khas Kementerian Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan mengeluarkan satu notis mengarahkan dihenti secara serta merta semua langganan akhbar harian berbahasa Melayu tersebut.

Baca: Pegawai Khas Menteri Arah Batal Langgan Utusan

Serta: Tun M Bakal Pilih KP Baru Utusan Ganti Aziz?

Memo bertarikh 18 Julai kepada Ketua Setiausaha kementerian, Dr. Datuk Mohd. Gazali Abas memaklumkan semua jabatan, agensi, sekolah, universiti dan kolej di bawah kementerian itu kini tidak lagi menerima akhbar tersebut.

Namun tindakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu dikutuk netizen sebagai cuba sekat kebebasan bersuara dan Wan Saiful turut dikritik kerana boleh mengeluarkan arahan pelik sedemikian.


Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kelmarin ketika ditanya oleh media berhubung isu sama berdolak-dalik pula dengan berkata kononnya beliau tidak mengetahui memo dalaman yang dikeluarkan tersebut.

Ketika ditanya mengenainya di Parlimen, beliau hanya berkata akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini daripada Wan Saiful tetapi tidak menolak langkah tersebut sebagai antara cara pengurangan bajet kerajaan.

Untuk rekod, Mahathir juga memiliki kepentingan 30 peratus dalam syarikat Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan pernah berkata bahawa beliau pembaca setia akhbar itu sekian lama. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori