Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Beri Pandangan Selepas...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau...

5 Insta Femes Jadi...

PERGH! Gempaq satu Malaya. Apa tidaknya, dapat berlakon iklan di sisi hero jutaan...

Bacaan IPU Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan...

Harga Semua Jenis Minyak...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Pogba Tak Percaya Mourinho?

LONDON – Spekulasi mengenai masa depan Paul Pogba di Manchester United terus memuncak dengan media British mendakwa pemain tengah berkenaan bimbang dikenakan tindakan sekiranya mengeluarkan kenyataan yang salah.

Pemain yang menjulang Piala Dunia 2018 itu, berpindah ke Old Trafford pada 2016 dengan nilai £89 juta (RM465 juta), dikaitkan dengan satu lagi perpindahan bernilai tinggi ke Barcelona, susulan beberapa krisis dengan pengurus United, Jose Mourinho.

Namun pemain berusia 25 tahun itu dilantik kapten ketika menewaskan Leicester City dalam aksi pembukaan Liga Perdana selain mendapat pujian Mourinho susulan prestasinya, termasuk jaringan yang membolehkan United menang 2-1.

Bagaimanapun komennya di Instagram miliknya selepas perlawanan terus mencetuskan spekulasi bahawa terdapat perkara yang masih belum selesai sepenuhnya di Old Trafford. Ia mencerminkan hubungannya dengan bos United dengan dia menulis: “Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk penyokong dan rakan sepasukan, tidak kira apa yang berlaku.”

Dia tidak secara langsung menyebut Mourinho yang menjadi individu kritikal mendapatkannya dari Juventus pada 2016.


Namun kenyataannya di media British pada Ahad, dengan berkata: ” Terdapat perkara saya boleh bercakap dan ada sebaliknya…atau saya berdepan tindakan.”

Dia menambah: “Apabila orang mempercayai anda, anda merasakan bagus dan ia akan menjadi mudah. “Saya sentiasa memberikan yang terbaik untuk penyokong, rakan sepasukan serta orang yang mempercayai saya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori