Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keunikan Ayam Tin Kampung...

BESUT - Sesiapa sahaja yang melalui jalan utama di Kampung Lubuk Kawah, Hulu...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50...

Adun BN Selar MB...

SHAH ALAM - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menyelar...

Kes Meruncing Punca PKP...

PUTRAJAYA - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga perlu dilaksanakan memandangkan kes COVID-19...

Polis Bantuan Didakwa Lakukan Pemerasan

PETALING JAYA – Seorang polis bantuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang pelajar di tandas sebuah balai polis, bulan lalu.

Muhammad Hazim Habeebur Rahman, 23, didakwa telah melakukan perbuatan itu dengan meminta wang berjumlah RM500 daripada Koh Weng Fai, 20, di tandas balai polis Bandar Utama, di sini pada 4 pagi, 27 Julai lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua dari hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun Muhammad Hazim yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia baru bekerja.

Majistret Nor Ariffin Hisham membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Sept untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori