Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semangat Merdeka Meresapi Hati...

BESUT – Seramai 60 orang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja memilih untuk mengayuh...

Tentang Rafizi

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram1) Bersembunyi di gua yang paling dalamSelepas keluar daripada persembunyian Raja Formula...

Nenek Atlet Olimpik Meninggal...

SEORANG wanita warga emas di Surin, Thailand meninggal dunia seminit sebelum cucunya memenangi pingat...

Felda Tanggung 30 Peratus...

KUALA LUMPUR - Felda akan menanggung 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pembayaran balik...

Polis Buru 2 Penunggang Motosikal Sebabkan Kematian Di Kota Bharu

SEREMBAN – Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan haram sehingga menyebabkan kematian di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Sharul Othman Mansor berkata dua penunggang itu dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal, Norazrin Azizan Abdul Aziz, 26, dan mendatangkan kecederaan terhadap pejalan kaki Mohd Azhan Baharudin, 25, ketika menyertai perlumbaan haram tersebut.

“Kedua-dua penunggang ini dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Buat masa ini polis sudah merakam percakapan penonton berhubung kejadian,” katanya pada sidang media di Balai Polis Senawang ketika mengetuai Operasi Samseng Jalanan di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Trafik JSPT Bukit Aman Superintendan Zakaria Abd Rahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Sharul Othman berkata pihaknya percaya perlumbaan haram itu dianjurkan pihak tertentu dan kini sedang mengesan mereka yang terlibat bagi membantu siasatan.


Semalam, media melaporkan Norazrin Azizan meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian ketika menerima rawatan pada 4.55 pagi akibat pendarahan otak.

Pada kejadian 6.30 pagi kelmarin, Norazrin Azizan dari Cherang Ruku, Semerak menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh Mohd Azhan yang cuba melintas jalan ketika kegiatan lumba haram itu berlangsung.

Akibat kejadian, Mohd Azhan putus kaki kiri dan patah kedua-dua belah tangan dan masih belum sedarkan diri di HUSM. – BERNAMA

Kategori