Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DAP Minta Sahkan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru Ketua Menteri Sabah dan...

Hakim Diminta Tarik Diri...

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri hari ini menangguhkan sebutan kes empat orang yang...

Majlis Belia Pahang Mohon...

KUANTAN - Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang yang mempunyai lebih 30,000 anggota di...

Banjir Di Johor Makin...

JOHOR BAHRU - Hujan sejak tiga hari lalu mengakibatkan sembilan daripada 10 daerah...

Polis Kelantan Nafi Roboh Sekatan Pembalakan

KOTA BHARU – Polis Kelantan menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa agensi keselamatan itu yang merobohkan sekatan pembalakan yang dibina oleh masyarakat Orang Asli di tiga kawasan di Gua Musang semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata polis hanya dikerahkan untuk mengawal keselamatan sahaja sepanjang kerja-kerja merobohkan sekatan dilakukan di Kampung Depak di Pos Tohoi, Kampung Cawas di Pos Bihai dan Kuala Wok Wok di Pos Pasik.

“Kita sebenarnya mendapat surat permohonan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bagi membuat kawalan keselamatan dalam operasi meroboh di tiga sekatan yang dibuat oleh masyarakat Orang Asli.

“Kesemua kerja meroboh sekatan dijalankan oleh JPNK dan polis tidak membuat kerja meroboh. Kehadiran anggota polis hanyalah bagi mengawal keselamatan kesemua yang ada di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, ACP Abdul Wahib Musa dari IPK Johor menggantikan ACP Dr Che Ghazali Che Awang yang bertukar ke Bukit Aman.


Hasanuddin berkata pihaknya masih menempatkan sebahagian daripada 234 anggota keselamatan di tiga kawasan tersebut sehingga keselamatan benar-benar terjamin.

“Setakat ini, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku,” katanya. – BERNAMA

Kategori