Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KWSP Perinci Kaedah Terbaik...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah...

Larian Bendera Bukti UMNO...

TEMERLOH - Larian bendera yang dapat dijayakan hampir di seluruh negeri bersempena sambutan...

Rasuah: Bekas KSU KKLW,...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk...

Sabah Tetap Milik Malaysia!

WISMA Putra sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Sabah adalah sebahagian dari Malaysia untuk...

Polis Kesan Pemuda Didakwa Larikan Remaja Perempuan

KOTA BHARU – Polis Kelantan masih meneruskan siasatan terhadap dakwaan kehilangan seorang remaja perempuan, Mirsya Saffiyah Mohd Samuddin, 15, yang dipercayai dilarikan seorang lelaki ke negara jiran.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kes itu masih disiasat mengikut elemen-elemen tertentu yang terpaksa dirahsiakan.

“Kita berharap keluarga remaja terbabit bersabar dengan kejadian ini kerana polis sebenarnya masih menjalankan siasatan (terhadap kes berkenaan).

“Butiran lanjut tidak boleh didedahkan kerana dibimbangi boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan seorang remaja perempuan hilang dari rumahnya di Kampung Hujung Repek, Bachok sejak lebih tiga bulan lepas, disyaki dilarikan seorang lelaki berusia 19 tahun dan kini dipercayai berada di Selatan Thailand. – BERNAMA

Kategori