Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lanjut Skim Perumahan Belia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank...

Bob ‘Tidur Ayam’ Sepanjang...

KEHANGATAN konsert akhir Akademi Fantasia Megastar makin terasa dengan gosip liar yang melanda...

Ebit Lew Henti Agih...

MENANGIS dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat...

Perhimpunan #Kitalawan Perlu Dihenti...

KUALA LUMPUR -- Penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di...

Polis Rampas Dadah Lebih RM12,000 Di Pendang

PENDANG – Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM12,000 dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Perak, Sungai Tiang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata, suspek warga tempatan berusia 30-an hingga 40-an itu ditahan kira- kira 12.15 malam sebaik beberapa peket heroin, syabu dan ganja ditemukan di dalam beg galas dalam kenderaan lelaki berkenaan.

“Dadah yang ditemukan ialah 15 peket heroin seberat 387.09 gram, 17 peket syabu seberat 20.5 gram, dan sepeket ganja seberat 7.44 gram,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Arriz Sham berkata, turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,304 yang dipercayai hasil jualan dadah.

“Ujian air kencing mendapati kedua-dua penganggur itu positif dadah,” katanya dan menambah kedua-dua suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori