Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hari Serban Sikh Catat...

MERIAH... Masyarakat Sikh di kota New York, Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod baru...

‘Toleransi Sifar’ FAS Isu...

KUCHING - Persatuan Bola sepak Sarawak (FAS) berpegang kepada prinsip ‘toleransi sifar ’...

Wanita Indonesia Ditemui Mati...

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di...

Pelajar Lemas Selepas Ambil...

BESUT - Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 lemas di kawasan...

Polis Temukan 51 Rangka Motosikal Curi Dalam Paya

JOHOR BAHRU – Polis hari ini menemukan 51 rangka motosikal curi bernilai RM200,000 yang dibuang ke dalam paya di Jalan Felda Lok Heng dekat Kota Tinggi hasil penahanan tiga lelaki tempatan pada 20 dan 25 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata susulan penahanan anggota ‘Geng Cebol’ yang berumur antara 19 dan 20 tahun itu di sekitar Kota Tinggi bersama motosikal curi tersebut, polis percaya dapat menumpaskan kegiatan mencuri motosikal yang aktif dilakukan kumpulan berkenaan di daerah tersebut.

“Penemuan kesemua rangka kenderaan itu adalah hasil operasi mencari yang diketuai pegawai risikan dan enam anggotanya di paya berkenaan mulai 10 pagi hingga 3 petang tadi,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata kegiatan geng tersebut dihidu sejak dua minggu lepas dan siasatan mendapati ketiga-tiga mereka adalah penganggur.

Beliau berkata modus operandi mereka adalah mencuri motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan di luar kediaman.


“Selepas meleraikan komponen motosikal dan dijual kepada kenalan mereka, rangkanya dibuang ke dalam paya bagi menghapuskan bukti,” katanya.

Menurutnya kesemua mereka kini sedang direman bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 379A/ 411 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori