Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Islam Akan Keciciran Jika...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah umat...

Muhamad Ziyad Raih Emas...

KUALA LUMPUR – Jaguh dunia, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas acara lontar...

Fitnah SPR Mungkin Tidak...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka berdepan pelbagai fitnah dan tuduhan...

Caruman Baru KWSP Dikreditkan...

Caruman baharu diterima oleh ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran...

Polisi Baharu NAP Diumum Sebelum Hujung Tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan polisi baharu berkaitan Dasar Automotif Nasional (NAP) sebelum hujung tahun ini selepas kajian dasar tersebut selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Menurut beliau, kajian dasar tersebut bertujuan memastikan industri tersebut kekal kompetitif dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita sedang kaji Dasar Automotif Nasional dan kita akan umumkan dasar yang baharu yang lebih kompetitif dengan menawarkan harga kereta yang lebih berpatutan serta meneliti semula yuran sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar pengusaha kereta untuk setiap Lesen Import (AP) terbuka,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chai Kim Sen berkenaan yuran Lesen Import (AP) yang dikenakan kepada pengusaha kereta.

Ong berkata, polisi baharu tersebut juga akan memberi kepentingan untuk merombak semua monopoli dalam industri tersebut.


Menjawab soalan asal Chai yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memansuhkan AP untuk menunaikan janji kerajaan Pakatan Harapan bagi menurunkan harga kereta, Ong berkata buat masa ini kerajaan tidak bercadang memansuhkan AP memandangkan ia bukan faktor yang menentukan harga kereta di pasaran.

“Kita juga akan mengambil beberapa langkah yang lebih ketat bagi memastikan AP ini tidak disalah guna,” katanya. — BERNAMA

Kategori