Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Atlit Gimnastik AS Dikritik...

ATLIT gimnastik wanita Amerika Syarikat (AS), Gabby Douglas dikritik penduduk negara itu gara-gara...

KDN Kaji Operasi 24...

LIMBANG - Kementerian Dalam Negeri mengkaji kemungkinan memanjangkan masa operasi pos kawalan Jabatan...

Remaja Disambar Buaya Ketika...

BETONG - Seorang remaja lelaki yang sedang memancing udang bersama-sama sepupu lelakinya di...

Tentera Darat Komited Cari...

PORT DICKSON - Tentera darat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat tujuh murid...

PPDNHEP Selangor Rampas 248 Tong Gas

SHAH ALAM – Taktik sindiket penjualan gas petroleum cecair (LPG) yang berselindung di sebalik kilang papan dalam kawasan kelapa sawit terbongkar apabila Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri berjaya menghidu kegiatan mereka yang mula beroperasi sejak sebulan lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang semalam, PPDNHEP negeri merampas 248 tong gas dianggarkan bernilai RM59,883 dan menahan dua pekerja merupakan pemandu lori warga tempatan berusia 30 hingga 38 tahun yang sedang melakukan kerja pemindahan.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, hasil risikan selama dua minggu mendapati berlaku aktiviti meragukan yang mana terdapat lori sering keluar dan masuk dalam kawasan kilang tersebut.

“Pada awalnya, pasukan penguatkuasa cuba dihalang memasuki kawasan tersebut namun berjaya dan mendapati terdapat dua pekerja sedang melakukan kerja pemindahan. Malah, beberapa pekerja warga asing sempat melarikan diri ke kawasan kelapa sawit.

“Hasil serbuan berjaya merampas tong LPG 14 kilogram (kg) berisi penuh sebanyak 119 unit, berisi separuh (52 unit), kosong (24 unit) dan 50 kg berisi separuh 53 unit. Kesemua tong gas ini dipercayai untuk dijual bagi kegunaan industri.

“Sindiket juga melakukan aktiviti mencuri LPG dengan menyedut 3kg hingga 5kg bagi mengurangkan jumlah sebenar bagi tong 14kg. Kita percaya sindiket mampu mengaut keuntungan sebanyak RM30,000 sehari bagi tiga kali proses pemindahan,” katanya dalam sidang akhbar di stor PPDNHEP di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Kategori