Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mustapa Harap Biden Tumpu...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menzahirkan harapan tinggi agar...

Turki Pecat 10,000 Pekerja,...

PIHAK pemerintah Turki dilapor telah memecat lagi 10,000 penjawat awam selain menutup operasi...

PUNB Minta MAHB Kaji...

SEPANG - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) meminta Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB)...

Mahathir Memang Suka Dikata...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya memang suka...

PPZ Lancar Kempen Khas Bayar Zakat Dalam Talian

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan 4,500 pembayar zakat baharu dengan nilai kutipan sebanyak RM2.5 juta melalui Kempen Jom [email protected] pada tahun ini.

Kempen Jom [email protected] berlangsung selama tiga bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober merupakan salah satu kemudahan bayaran zakat dalam talian untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan, pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata​​​​​ berbanding tahun lepas, PPZ-MAIWP tanpa sebarang kempen telah menerima RM1.7 juta bayaran zakat daripada 3,360 pembayar bagi tempoh yang sama iaitu Ogos hingga Oktober.

“Kempen ini untuk menggalakkan para peniaga dalam talian, syarikat sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan tetapi bekerja di luar negara, serta amnya kepada umum, yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran kempen tersebut di sini, hari ini.

Pembayar zakat baharu dalam jangkamasa kempen berpeluang memenangi 60 hadiah bernilai RM100 hingga RM1,200 (20 hadiah bagi setiap bulan) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd dan akan disampaikan di Karnival Zakat pada 1 Disember nanti.


“Kenapa kita cari penaja? Pertama, ia sebagai satu galakan kepada pembayar zakat, kedua, PPZ-MAIWP ingin membina hubungan dengan syarikat-syarikat di samping tidak timbul kekeliruan bahawa PPZ-MAIWP guna duit zakat untuk beri hadiah. Sebaliknya kita dapatkan penaja untuk tujuan tersebut,” ulas Ahmad Shukri.

Orang ramai yang ingin membuat pembayaran zakat boleh ke kaunter PPZ-MAIWP, melalui portal www.zakat.com.my atau di talian 1-300-88-5757. – BERNAMA

Kategori