Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penghuni Asrama Cemas Bilik...

SEREMBAN : Pelajar di asrama Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Nilai di...

VIDEO: Anak Mangsa Teringin...

MELALUI satu video yang mula tersebar di media sosial, salah seorang anak mangsa kemalangan...

Industri Inap Desa Raih...

TEMERLOH - Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan...

Kelantan Akui Beli Kereta...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes Benz untuk pegawai tinggi...

Presiden PAPITA Datuk M Daud Wahid Meninggal

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, 75, meninggal dunia di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 2.30 petang ini akibat komplikasi jantung

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia Mohd Hafiz Mohd Nafiah berkata, ​​​​​​sebelum ini Allahyarham menghidap penyakit kanser prostat dan kesan penyakit itu menyebabkan beliau diserang sakit jantung.

“Arwah sudah banyak kali keluar masuk hospital sejak dua, tiga bulan lepas kerana penyakit tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Mohd Hafiz, M Daud yang menyandang jawatan berkenaan lebih 15 tahun lepas, meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36 di sini malam ini, katanya. – BERNAMA

Kategori