Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Gagal Pindahkan...

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menerima hakikat bahawa...

Malaysia Miliki Pusat Kecemerlangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia bakal memiliki sebuah Pusat Kecemerlangan BMX Asia bernilai RM6.5...

Rozita Rohaizad Akan Bawa...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap...

Murid Darjah Satu Maut...

KOTA BHARU - Seorang murid perempuan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim...

Prestasi 100 Hari Kerajaan PH, PAS Beri Gred ‘D’

PAS memberikan gred ‘gagal’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk pencapaian 100 hari sebagai kerajaan persekutuan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan 27 hingga 30 daripada 100 markah untuk PH menjelang genap 100 hari pentadbirannya esok.

“Sebuah NGO berpandangan PH hanya penuhi 20 hingga 30 peratus daripada (10 janji) dalam masa 100 hari,”

“PAS beri lebih rendah – 27 hingga 30 peratus, gred D dan perlu dinilai kembali,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Walaupun kerajaan menyalahkan hutang besar negara – mencecah RM1 trilion – sebagai penghalang, Tuan Ibrahim menyifatkan ia tidak boleh dijadikan alasan kerana hutang negara diumumkan di Parlimen.

Katanya lagi, selain daripada gagal menunaikan janji, kerajaan PH juga mengumumkan perkara yang tidak termasuk dalam manifesto, antaranya cadangan mewujudkan kereta nasional baru. – Malaysiakini.com

Kategori