Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

77 Saman Dalam Op...

KOTA KINABALU - Polis mengeluarkan 77 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai...

Dharma Raj Sasar Podium...

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara tekad akan mempamerkan aksi terbaik bagi...

Jalan Utama Ke Mersing...

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif...

Graduan Disaran Untuk Memilih...

KUALA SELANGOR - Golongan graduan disaran agar lebih terbuka untuk memilih bidang keusahawanan...

PRK DUN Balakong: PH Lawan MCA

BANGI – Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 Sept ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan MCA.

PH yang buat pertama kali menggunakan logonya menampilkan pemimpin muda wanita daripada parti gabungannya DAP Wong Siew Ki manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam satu kemalangan jalanraya 20 Julai lepas.

Keputusan pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong Datuk Rosli Othman kira-kira 10.30 pagi di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini.

Proses pencalonan yang berlangsung selama satu jam ditutup pada pukul 10 pagi.

Terdahulu, hampir 500 penyokong dari kedua-dua pihak telah berkumpul seawal 7.30 pagi di sekitar Pejabat Daerah Hulu Langat sebagai tanda sokongan terhadap calon masing-masing.

Rombongan PH yang diketuai Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Setiausaha Kebangsaan parti dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mula bergerak ke pusat penamaan calon dari pusat operasinya yang terletak kira-kira 18 km dari sini.

Wong, 32, telah menyerahkan borang penamaan beliau pada pukul 9.13 pagi.

Pencalonan beliau dicadang oleh Pengerusi DAP Kajang Baru Sia Wei Shien dan disokong anggota DAP Lim Chin Yuan.


Sementara itu, Tan, 40, tiba diiringi penyokong parti termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden Datin Paduka Chew Mei Fun selaku pengarah pilihanraya PRK Dun Balakong, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.06 pagi.

Penamaan beliau dicadang oleh Ketua cawangan Batu 11 Cheras Lim Chin Wah dan di sokong Ketua Cawangan Kwantong Baru, Ng Hock Hai.

Buat pertama kalinya sejak penubuhan Perikatan dan seterusnya gabungan Barisan Nasional (BN) pada 1974, MCA bertanding atas tiket dan lambang parti sendiri pada PRK ini.

Hanya beberapa orang penyokong daripada UMNO, MIC dan juga Gerakan dilihat hadir untuk memberikan sokongan kepada calon MCA itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Tien Chee yang mewakili DAP menewaskan calon BN, Lim Chin Wah dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi.

Chien Tee memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230). – BERNAMA

Kategori