Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ajak Shiro Cedera Masuk...

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan...

3 Kapal Ditahan APMM...

JOHOR BAHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal kerana melakukan...

Najib Ucap Takziah Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Polis Tahan Buruh Bantu...

TAIPING - Polis menahan seorang buruh bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki...

PRK DUN Seri Setia: PH Lawan PAS

PETALING JAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PKR mewakili Pakatan Harapan (PH) menentang PAS.

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain tepat pada pukul 10.30 pagi ini selepas pihaknya menerima kedua-dua borang pencalonan daripada calon tanpa sebarang bantahan.

Calon PH, Halimey Abu Bakar, 46, dan lawannya daripada PAS, Dr. Halimah Ali, 58, memasuki serentak Pusat Penamaan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira pukul 9.08 pagi.

Halimey yang merupakan bekas ahli majlis MBPJ memasuki dewan tersebut dengan diiringi oleh pencadangnya, Mohd. Yusop Mohd. Amin dan penyokong, Ridzuan Ahmad.

Manakala, Halimah merupakan bekas exco kerajaan negeri Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hadir bersama pencadangnya, Aasirah Mat Hadi dan penyokongnya, Zulkifli Mohamad.


PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dari PKR yang juga exco kerajaan, meninggal dunia akibat kanser usus di Putrajaya pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Shaharuddin menang besar di kerusi DUN Seri Setia menewaskan calon Barisan Nasional, Yusoff M.Haniff dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan Yusoff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS, Mohd. Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas S. Vigneswaran (217). – UTUSAN ONLINE

Kategori