Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bangkai Reptilia Dalam Kemaluan...

POLIS di Tenerife, Sepanyol menyiasat satu kes serangan seksual selepas seekor kura-kura ditemui...

Padah Pukul Orang, Lelaki...

Pada 30 November lepas, sekumpulan rakyat tempatan telah bertindak menahan dan membelasah seorang...

Kata Pro-Tun Mahathir, Tapi...

KUALA KANGSAR - Kata orang tua zaman dulu, kalau kerap sangat tersasul sebut...

Polis Rakam Percakapan Saksi...

TAPAH - Polis telah merakam percakapan seorang pemandu kereta bagi membantu siasatan kes...

PRK DUN Seri Setia Serentak Balakong – SPR

SAH… Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia akan diadakan secara serentak dengan DUN Balakong pada 8 September ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya hari ini juga menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon kedua-dua PRK.

“Kita adakan kedua-dua PRK ini secara serentak berdasarkan faktor logistik, keselamatan serta kemudahan petugas. Langkah ini kita lihat boleh memudahkan urusan semua pihak,” katanya kepada pemberita ibu pejabat SPR.

SPR ujar Othman turut menetapkan tempoh berkempen berlangsung selama 21 hari iaitu merupakan paling lama dalam sejarah berbanding dua minggu sahaja sejak beberapa kali PRK pada dekad 1990-an lepas.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dari PKR ketika menerima rawatan akibat barah usus di Hospital Putrajaya pada 2 Ogos lalu.


Othman berkata, sebanyak 53,492 pemilih layak mengundi bagi PRK DUN Seri Setia iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemas kini pada awal Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Allahyarham Shaharuddin menang kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.

Kategori